Article - Cerita Printed Circuit Board aku

Bagi yang berada di dalam bidang elektronik, tentu sangat mengenali PCB (Printed Circuit Board). Pelajar elektronik mengenali PCB seawal semester 1 lagi. Secara amnya, proses membuat PCB bermula dari melukis schematic dan di convert kepada PCB Layout.

Pertama kali aku membuat PCB, wauuu, tangan aku tak berhenti melukis layout nya. Masa tu aku menggunakan ORCAD 9.0. Sejak selepas itu, aku ingin mengenali lebih tentang PCB. Aku mula melihat cara cara untuk membuat PCB, aku mula menggunakan software software PCB lain dan sehinggalah aku fabricate PCB ke tahap SMD dan double layer. The limitation that I can go menggunakan peralatan sedia ada. Dan aku mula slow down sekarang sebab itulah limitation nya buat masa sekarang, SMD and double layer.

Bermain dengan PCB seperti bermain dengan seni. Majority orang bermain dengan PCB, mereka suka menggunakan feature auto routing. Jika anda rajin untuk membuat review, feature auto routing sangat teruk atau tak digemari (pada peringkat homemade PCB). Apabila ingin mencari satu PCB yang cantik dan padat susunannya, ia seperti bermain dengan puzzle, di situlah otak kita sangat sangat berfungsi.
Apabila PCB itu siap, it’s like, Waauuuu…. Beautiful.. terasa terbayar kepenatan tersebut. Cantik. Dan perasaan ingin terus bermain PCB itu akan bertambah tambah dan ingin terus ke tahap yang lebih tinggi di dalam membuat PCB.
Kepenatan tersebut terus terbayar apabila component disolder dan board anda berfungsi seperti yang diinginkan. Mengikut pengalaman saya, kalau PCB itu elok, jarang sekali projek yang dibuat tidak berfungsi. Projek itu berfungsi atau tidak bermula dari awal. Kalau board tidak berfungsi sepenuhnya pun, tetapi PCB cantik, insyaAllah kita akan ada semangat nak troubleshoot projek tersebut. Tapi kalau PCB pun teruk, uuyyhhh… Rasa malas nak troubleshoot..

No comments:

Post a Comment